Mentol-mentol disusun dalam satu rantai litar elektrik.

Terdapat satu laluan arus elektrik dari sel kering melalui mentol-mentol dan kembali semula ke sel kering.

Apabila suis ditutup, semua mentol menyala. Apabila suis dibuka, semua mentol tidak menyala.

Jika satu mentol dikeluarkan, mentol yang tinggal tidak menyala. Ini kerana kedua-dua mentol mempunyai laluan arus elektrik yang sama.