Mentol-mentol disusun dalam bentuk cabang yang selari antara satu sama lain.

Arus elektrik mengalir dari sel kering ke mentol-mentol melalui laluan berbeza.

Jika satu mentol dikeluarkan, mentol yang tinggal tetap menyala. Ini adalah kerana kedua-dua mentol mempunyai laluan arus elektrik yang berbeza.